Saturday, September 15, 2012

Bagaimana kita nak memulakan kerjaya dalam bidang 'oil and gas'?

Kekadang kita tertanya-tanya bagaimanakah hendak memulakan kerjaya dalam bidang 'oil and gas'. Di sini saya ingin berkongsi sesuatu yang boleh dikatakan bermakna untuk dikongsi bersama. Sebenarnya dalam bidang oil and gas ini banyak benda kita kena sediakan dari segi mental, fizikal dan kewangan. Tak lupa juga ilmu di dada perlu dipenuhkan sebelum kita memasuki satu bidang yang penuh cabaran.

Bagi yang lepasan spm, rasa2 ingin mencuba bidang oil and gas amatlah digalakkan untuk mendapatkan pengalaman yang penuh berharga. Untuk lepasan spm, anda boleh mencuba pekerjaan sebagai 'helper' dalam bidang oil and gas ini. Walaupun kerja agak memenatkan dan penuh cabaran, tapi berbaloi dimana kita dapat belajar pengalaman berharga daripada pengalaman orang lain. Dari segi gaji, kadarnya agak memuaskan. Mula2 start, gaji helper sudah bermula RM5-6 sejam kadang2 mencecah kepada rm7.50 sejam. Ini bergantung kepada kemahiran anda dalam menyiapkan sesuatu tugasan diberikan dan jugak keperluan tempat. Tempat yang saya maksudkan ialah onshore. Di Malaysia ini kita ada banyak pelabuhan yang memerlukan ramai pekerja. Kalau citer bab duit, korang mesti suke. Ok la, untuk seorang helper. Dia akan bekerja bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 ptg. Selepas itu, 5.00ptg sampai pukul 10 mlm adalah O.T.  Kalau sehari, katakan helper boleh dapat income lebih kurang (8jam x rm5/jam)+(5jam x rm5/jam x 1.5) =rm40 +rm37.50 = rm77.50. Kalau 26 hari bekerja, kita boleh dapat rm2015 lebih kurang.Itu pun kl korang rajin bekerja. huhuhu. Yang paling best nya, gaji leh dapat 2 kali sebulan. Tgh bulan ngan akhir bulan. Nnt saya akan ceritakan pada episod akan datang, dengan pengalaman yang saya sudi kongsi bersama dengan anda semua. Jangan lupa mengikuti blog saya. =)